Penafian
1. Had Liabiliti
Kerajaan Negeri Selangor dan Perbendaharaan Negeri Selangor tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari portal ini. Maklumat yang disediakan adalah untuk rujukan am sahaja.
2. Ketepatan Maklumat
Walaupun segala usaha telah diambil untuk memastikan ketepatan, kesempurnaan, dan kebolehpercayaan maklumat yang terkandung dalam portal ini pada masa penerbitan, Perbendaharaan Negeri Selangor tidak memberi jaminan nyata atau tersirat tentang kesesuaian maklumat tersebut untuk sebarang tujuan tertentu.
3. Gangguan Teknikal
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya portal atau mana-mana sistem sokongan tidak dapat diakses buat sementara waktu akibat isu teknikal di luar kawalan kami.
4. Perubahan Maklumat
Perbendaharaan Negeri Selangor berhak untuk membuat sebarang pindaan, penambahan, atau pemotongan maklumat dalam portal ini pada bila-bila masa tanpa sebarang notis terlebih dahulu.