Dasar Privasi
1. Komitmen Terhadap Privasi
Halaman ini menerangkan dasar privasi kami yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat peribadi serta data transaksi yang dikemukakan oleh pengunjung melalui portal EIS|PNS. Kami sangat memandang serius perlindungan privasi maklumat pengguna.
2. Pengumpulan Maklumat
Maklumat peribadi seperti nama, nombor kad pengenalan (NRIC), emel, dan jabatan hanya dikumpul untuk tujuan pengesahan identiti dan kelulusan capaian sistem perolehan serta pengurusan kewangan secara rasmi. Tiada maklumat peribadi dikumpul semasa anda melayari portal ini secara umum melainkan jika maklumat tersebut diberikan secara sukarela.
3. Pendedahan Maklumat
Maklumat yang dikumpul tidak akan dikongsi atau dijual kepada mana-mana entiti pihak ketiga atau swasta melainkan dibenarkan oleh undang-undang atau atas arahan rasmi kerajaan Negeri Selangor.
4. Pautan Pihak Ketiga
Portal ini mungkin mempunyai pautan ke laman web lain. Sila ambil perhatian bahawa laman-laman web yang dipautkan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza. Anda dinasihatkan untuk meneliti dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.